SEOUL, 7 Sept (Bernama) — Empat lagi unit Sistem Pertahanan Anti-Peluru Berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) akan dipasang minggu ini di pangkalan pertahanan Amerika Syarikat (AS) di Korea Selatan, umum Kementerian Pertahanan Nasional semalam.

THAAD dijadual dipasang Angkatan Tentera AS (USFK) hari ini, di pangkalan baharunya di Seongju, kira-kira 300 kilometer di selatan Seoul meskipun menerima tentangan hebat daripada penduduk tempatan dan aktivis, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Langkah itu, susulan ujian peluru berpandu dan nuklear balistik yang dilancarkan Korea Utara baru-baru ini.

Menurut kementerian penggunaanya adalah bersifat “sementara” dan tetap menekankan pentingnya keperluan untuk melakukan penilaian tambahan terhadap kesannya kepada alam sekitar yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.

Baru-baru ini, kerajaan selesai menjalankan tinjauan kesan alam sekitar skala kecil yang mengambil masa selama sebulan…..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.