BAPA DIPENJARA 48 TAHUN, 24 SEBATAN ATAS KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP ANAK

0
93

Seorang bapa dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun termasuk meliwatnya semasa mengerjakan ibadah Umrah, dua tahun lepas.

Tertuduh yang berusia 36 tahun itu mengaku bersalah atas 591 pertuduhan meliwat anaknya, 30 pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara menyentuh anak sulungnya itu, satu pertuduhan merogol remaja itu dan satu pertuduhan melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.