Trump Sedia Jadi Orang Tengah Krisis Qatar

0
105

WASHINGTON, 8 Sept (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau bersedia menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian berhubung pertikaian antara Qatar dengan negara Timur Tengah lain, lapor agensi berita China Xinhua.

“Jika dengan menjadi orang tengah antara Qatar khususnya dengan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi, saya bersedia berbuat demikian,” kata Trump pada sidang media bersama Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmed Al-Jaber Al-Sabah di sini semalam.

Pada 5 Jun, UAE, Mesir dan Bahrain diketuai Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar selain mengenakan sekatan ke atas negara itu kerana menuduh Doha menyokong keganasan, campur tangan urusan dalaman negara dan menjalinkan hubungan rapat dengan Iran.

Qatar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.

Krisis kembali tegang apabila bulan lepas Qatar mengumumkan akan menghantar semula duta besarnya ke Iran.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.