PARA ASEAN KE-9 BUKA TIRAI GILANG GEMILANG

0
129

Suasana gilang gemilang kembali mewarnai Stadium Nasional Bukit Jalil selepas 16 tahun, apabila Malaysia kembali menjadi tuan rumah kepada 1,421 atlet para yang akan bertanding di temasya Sukan Para ASEAN ke-9.

Upacara perasmian dimulakan dengan perarakan masuk bendera 11 negara Asia Tenggara yang menyertai temasya sukan itu, bersama dengan bendera Persekutuan Sukan Para ASEAN dan bendera edisi kesembilan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), didahului oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.