DADAH BERNILAI RM1.67 JUTA DIRAMPAS

0
133

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas dadah jenis methamphetamine seberat 30.395 kilogram dianggarkan bernilai RM1.67 juta, dan menahan dua suspek lelaki warganegara Malaysia di dua lokasi berasingan pada 8 April lepas.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya berkata, seorang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan seorang lagi di Lapangan Terbang Lahad Datu sekitar 11.45 pagi dan 4.30 petang pada hari yang sama.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.