GAUM GESA PENULISAN TUN M DISIASAT

0
54

#PRU14 #AndaPenentunya : Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) menggesa polis siasat penulisan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang diterbitkan dalam blog Chedet bertajuk “Cara Najib Tipu” yang didakwa sebagai jelik dan berunsur fitnah.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, penerbitan bertarikh 11 April itu juga dipenuhi tuduhan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan penipuan terhadap senarai pengundi pada pilihan raya umum (PRU) kali ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.