TIGA DIREMAN TIPU SIJIL PENTAULIAHAN PALSU

0
57

Tiga individu dipercayai terlibat dalam sindiket pengeluaran sijil pentauliahan palsu menggunakan nama beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan.

Mahkamah Majistret Putrajaya pada Isnin memerintahkan kesemua individu berkenaan direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan permohonan reman itu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.

Leave a Reply