USTAZ AZRAIE JUARA TILAWAH ANTARABANGSA DI KUWAIT

0
65

Usaha yang tidak putus-putus dalam memperbaiki alunan bacaan suci al-Quran, akhirnya membuahkan hasil kepada Ustaz Azraie Abdul Hak yang dinobatkan sebagai juara dalam kategori Tilawah pada Musabaqah Tahfiz, Tilawah dan Qiraat Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-9 di Kuwait.

Azraie berkata pada pertandingan itu, beliau berjaya menewaskan para peserta dari 75 negara lain dengan meraih markah 96 peratus yang membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai KUD 5,000 (RM64,857) dan sijil penghargaan.

Leave a Reply