P085 PEKAN : SAKSIKAN PERTANDINGAN 4 PENJURU BN-PKR-PAS-BEBAS

0
39

#PRU14 #AndaPenentunya Kerusi Parlimen P085 Pekan akan menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila tiga calon lain mengemukakan borang pencalonan bagi mencabar perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Najib akan ditentang calon PKR Muhammad Zahid Md Arif, Ahiatudin Daud dari PAS dan calon bebas, Abd Kadir Sainudin.

Mohamad Zahid ialah anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang juga cucu bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Ahiatudin ialah Naib Yang Dipertua PAS Pekan sementara Kadir adalah seorang kontraktor dari Johor.

Leave a Reply