PENGUNDI LUAR NEGARA JANGAN SIMPAN LAMA KERTAS UNDI

0
119

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pengundi tidak hadir (PTH) luar negara supaya tidak menyimpan kertas undi pos mereka terlalu lama bagi mengelakkan ia sampai lewat kepada pegawai pengurus pilihan raya pada hari pengundian PRU14, 9 Mei nanti.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata kertas undi tersebut akan dihantar pada hari ketiga selepas penamaan calon dan mereka mempunyai tempoh mencukupi untuk mengirim semula kertas undi itu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.