BN YAKIN RAMPAS KERUSI DUN N19 KAPAYAN

0
79

#PRU14 #AndaPenentunya Undi daripada kaum minoriti termasuk Melayu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N19 Kapayan, Sabah, mampu menjadi penyumbang penting kepada kemenangan BN untuk merampas kerusi itu daripada DAP.

Calon BN Kapayan, Datuk Francis Goh Fah Sun berkata, beliau menerima maklum balas positif bukan sahaja daripada majoriti Cina, tetapi pelbagai kaum di kawasan itu, yang mahukan BN merampas kembali Kapayan sekali gus melakukan transformasi yang gagal dilaksanakan pembangkang.

Leave a Reply