ANGGOTA PARTI WARISAN SABAH KELUAR PARTI & SOKONG BN

0
81

#PRU14 #AndaPenentunya Lebih 300 anggota dan penyokong Parti Warisan Sabah dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kolam Air, Sepanggar pada hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu, dan mengisytiharkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).

Jurucakap kumpulan itu yang juga bekas anggota Jawatankuasa Warisan Bahagian Sepanggar, Martin Malubi berkata, mereka memutuskan selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk menyifatkan perjuangan parti pembangkang itu lebih kepada memainkan sentimen peribadi yang tidak menguntungkan rakyat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.