KASTAM JOHOR TUMPASKAN PENYELUDUPAN ROKOK

0
51

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menumpaskan penyeludupan rokok putih pelbagai jenama, dianggarkan bernilai RM3.6 juta termasuk cukai, dalam serbuan di kawasan kebun kelapa sawit, di Jalan Mersing-Kota Tinggi, dekat Mersing, hujung bulan lepas.

Pengarah Kastam Johor, Datuk Mohammad Hamiddan Maryani berkata, rampasan melibatkan 649 kotak rokok itu, merupakan yang terbesar di Johor dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Leave a Reply