17 REMAJA DITAHAN BANTU SIASATAN KES BUNUH

0
65

17 remaja termasuk tiga perempuan ditahan pihak polis bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat lelaki yang dikaitkan dengan pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Taman Melati, Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kesemua remaja itu berusia antara 14 hingga 20 tahun manakala 16 lagi suspek kini diburu berhubung kejadian kira-kira 4 pagi.

Leave a Reply