APMM PATAH CUBAAN SELUDUP SYABU RM29 JUTA

0
89

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis, berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis Methamphetamine atau lebih dikenali sebagai syabu seberat 401 kilogram, dengan nilai harga pasaran semasa RM29 juta di perairan Perlis berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Pengarah Maritim, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar berkata, rampasan berjaya dilakukan pada pukul 2.25 pagi Rabu oleh aset bot Maritim Malaysia kelas Kilat, menerusi rondaan Op Pagar Laut yang telah bermula 1 Ramadan lalu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.