MENANG PINGAT SUKAN ASIA ATAU DISINGKIR DARI PROGRAM PODIUM

0
39

Para atlet di bawah Program Podium yang gagal menyerlah pada Sukan Komanwel Gold Coast Australia April lalu, dan tidak terpilih menyertai Sukan Asia Indonesia Ogos depan, akan digugurkan daripada program tersebut.

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Dr Mohd Khairi Zawi, yang menjelaskan langkah itu diambil selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Ini termasuk kegagalan atlet itu sendiri biarpun program berkenaan telah banyak membantu mereka dengan menyediakan bantuan sains sukan yang disifat antara terbaik di dunia.

Leave a Reply