FERI TERKANDAS DI BETING PASIR MUARA KUALA PERLIS

0
83

Sebuah feri yang memuatkan 432 penumpang terkandas lebih enam jam di beting pasir muara Kuala Perlis, kira-kira 0.8 batu nautika dari Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis, Perlis malam tadi.

Ketua Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata, feri berkenaan dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis. Namun, ketika menghampiri terminal feri kira-kira pukul 8 malam, ia terkandas dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.