KUMPULAN PERTAMA JEMAAH HAJI MALAYSIA TIBA DI MEKAH

0
35

Kumpulan pertama 478 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah dari Madinah kira-kira 1 pagi waktu tempatan atau 6 pagi waktu Malaysia pada Isnin, dan disambut meriah petugas Tabung Haji (TH) di kota suci itu.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata, kumpulan jemaah yang tiba berpakaian ihram itu kemudiannya dibawa menunaikan umrah pada 6 pagi, selepas berehat seketika di bilik masing-masing.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.