SKUAD PARAGLIDING TERIMA TAMPARAN HEBAT

0
73

Persiapan skuad paragliding negara ke Sukan Asia Indonesia Ogos depan, diselubungi kesedihan selepas atlet lelaki, Khaironahar Esa ditimpa kemalangan ketika menyertai Kejohanan Paragliding Accuracy Piala Dunia Siri Ketiga (PGAWC) di Malang, Indonesia 13 Julai lalu.

Presiden Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF), Kapten Mohd. Arif Ibrahim yang mengesahkan perkara itu berkata, Khaironahar mengalami kecederaan tulang belakang, dan kini masih dirawat di sebuah hospital di Indonesia dan akan dibawa pulang selepas keadaannya stabil.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.