TNB DIHARAP PERTIMBANG CEBURI BIDANG TELEKOMUNIKASI

0
38

Kerajaan berharap Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempertimbang cadangan untuk menceburi bidang telekomunikasi sebagai penyedia infrastruktur jalur lebar, seterusnya mewujudkan persaingan yang akan memberi manfaat kepada pengguna.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan gergasi utiliti itu bagi berbincang mengenai peranan yang boleh dimainkan syarikat berkenaan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.