Sembilan cedera bas rempuh lori di Lipis, Pahang

0
45
Sembilan termasuk dua kanak-kanak cedera apabila bas yang mereka naiki melanggar bahagian belakang sebuah lori dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Lipis-Padang Tengku, Lipis, malam tadi.
 
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9.36 malam sebelum sembilan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis bergegas ke tempat kejadian.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.