Tiada lagi keperluan tubuh tribunal siasat salah laku SPR

0
28

#DewanRakyat : Isu penubuhan tribunal bagi menyiasat dakwaan salah laku Suruhanjaya Pilihan Raya terutama ketika menguruskan PRU-14 tidak lagi berbangkit.

Ia selepas pelantikan Azhar Azizan Harun dan pemendekan tempoh jawatan timbalan pengerusi serta empat anggota suruhanjaya itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, pelantikan itu tidak perlu dikhuatiri kerana telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.