Projek rintis ‘Diversion’ dilaksana 2019…

0
29

Kerajaan akan melaksanakan projek rintis dikenali sebagai ‘Diversion’, iaitu sistem pengalihan kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah ringan dan tidak serius daripada sistem kehakiman sedia ada.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, melalui sistem ini, kanak-kanak terlibat tidak akan ditahan, tetapi akan menjalani modul khas mengikut kesalahan yang dilakukan.

[Tonton BNC di Astro 502, unifi tv 631, MYTV 121 dan
LIVE YouTube Bernama News Channel]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.