Lelaki maut, nahas pusingan U

0
41

Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan kereta di hadapan stesen minyak di Jalan Kodiang, Jitra semalam.

Dalam kejadian pukul 5.50 petang itu, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu wanita dari arah Kodiang menghala ke Jitra membuat pusingan U di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, tindakan pemandu tersebut menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian kiri belakang kereta itu.

Mangsa kemudian cuba mengawal motosikalnya sejauh 100 meter, namun terjatuh ke dalam longkang dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Jitra untuk dibedah siasat.

Manakala, pemandu kereta berusia 45 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

[Tonton BNC di Astro 502, unifi tv 631, MYTV 121 dan LIVE YouTube Bernama News Channel]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.