Himpunan 8,509 beg tangan diiktiraf Malaysia Book of Records

0
40

Pameran kraftangan yang menghimpunkan sebanyak 8,509 buah beg buatan tangan yang dihasilkan oleh 896 orang penggiat seni jahitan dari seluruh negara mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records, sebagai himpunan beg buatan tangan terbanyak di Malaysia.

Pengerusi Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia, Fully Chye Goet Lee berkata, tujuan pameran tersebut adalah untuk mempromosikan hasil kraftangan usahawan wanita dari persatuan itu.

Di samping itu, ia juga bertujuan merangsang idea-idea kreatif pengunjung dalam menghasilkan produk baru.

[Tonton BNC di Astro 502, unifi tv 631, MYTV 121 dan LIVE YouTube Bernama News Channel]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.