Rumah Panjang Usek Sumpit musnah terbakar

0
63
Seramai 350 orang penghuni Rumah Panjang Usek Sumpit, di Niah, Sarawak tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang berlaku pukul 8.50 pagi tadi.
 
Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, kebakaran tersebut memusnahkan satu blok rumah panjang yang mempunyai 37 pintu.
 
Manakala, sebuah lagi rumah panjang 12 pintu yang terletak berhadapan dengan blok yang terbakar itu, tidak mengalami sebarang kerosakan.
 
[Tonton BNC di Astro 502, unifi tv 631, MYTV 121 dan LIVE YouTube Bernama News Channel]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.