Optimis mampu tewaskan skuad “Gajah Perang”

0
45

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, tidak mahu anak didiknya terlalu gentar ketika berdepan Thailand bagi aksi separuh akhir pertama kempen Piala AFF Suzuki 2018, biarpun rekod atas kertas lebih memihak kepada skuad “Gajah Perang” itu.

Tidak menafikan kualiti dimiliki Thailand, Cheng Hoe bagaimanapun tetap optimis anak didiknya mampu menewaskan skuad gajah perang itu, andai barisan pemain negara mengekalkan karakter sebenar seperti ketika menumpaskan Myanmar baru-baru ini.

[Tonton BNC di Astro 502, unifi tv 631, MYTV 121 dan LIVE YouTube Bernama News Channel]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.