Sasar bina 100 ribu rumah mampu milik dalam 10 tahun

0
74

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) percaya akan mencapai sasaran untuk membina sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun dengan anggaran 100,000 unit setiap tahun, seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) semasa pilihan raya umum ke-14 lalu.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, anggaran itu boleh dicapai berdasarkan peruntukan yang disediakan serta melihat kepada kemajuan projek-projek perumahan yang sedang rancak berjalan hasil kerjasama kerajaan negeri dan pihak swasta.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.