Program MINTS diperluas ke semua PPR & perumahan awam

0
45

Kementerian Wilayah Persekutuan bersedia memperluaskan Program Mini Terminal Sejahtera (MINTS) ke semua Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perumahan awam bagi memastikan lebih ramai anak-anak terutama dari golongan B40 mempunyai ruang selesa melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah termasuk mengulangkaji pelajaran.

Menterinya Khalid Abdul Samad berkata lima MINTS dan lapan mini MINTS telah dibangunkan di Wilayah Persekutuan dan akan memastikan usaha itu diteruskan serta diintegrasi dengan inisiatif lain seperti Program Perpustakaan di kawasan perumahan awam dan PPR.

[Tonton BNC di Astro 502, unifi tv 631, MYTV 121 dan LIVE YouTube Bernama News Channel]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.