SimplySiti kumpul dana bantu tiga pesakit jantung kanak-kanak

0
39

SimplySiti akan mengumpul dana sekitar RM105,000 untuk disalurkan kepada Yayasan Institut Jantung Negara bagi membantu tiga orang lagi pesakit jantung kanak-kanak yang memerlukan melalui kempen SimplySiti Di Hati 2018.

Presidennya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkata, kempen yang bermula sejak 2011 itu setakat ini telah membantu 11 kanak-kanak bernasib serupa untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain.

[Tonton BNC di Astro 502, unifi tv 631, MYTV 121 dan LIVE YouTube Bernama News Channel]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.