Keadaan Muhammad Adib makin positif, mampu beri respons

0
127

Anggota bomba yang cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Muhammad Adib Mohd Kassim yang diletakkan dalam keadaan koma secara perubatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini sudah sedar dan menunjukkan perkembangan positif pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata, keadaan anggota bomba berusia 24 tahun itu semakin baik dan beliau mampu memberi tindak balas terhadap sesetengah arahan lisan pakar perubatan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.